Sudocrem® diperbuat berasaskan bahan kalis air dan emolien bagi membentuk lapisan perlindungan terhadap najis, air kencing dan perengsa lain yang boleh menyebabkan ruam lampin. Ia sesuai digunakan dalam cuaca Malaysia kerana formulasinya yang kurang melekit dan berminyak. Juga mudah disapu pada kawasan yang berkenaan dan pada masa yang sama menjadikan kulit bayi anda lembap dan gebu.
Tambahan lagi, ia mengandungi kandungan hipoalergenik yang membantu untuk melegakan, memulihara, melembapkan dan melindungi kulit bayi anda yang mulus.