KATE Super Sharp Liner Pencil dengan hujung mata pensil bersaiz 0.65mm yang berbentuk bujur dan jitu untuk membantu anda melukis garisan mata dengan halus mengikut gaya tersendiri. Pensil eyeliner ini dicipta eksklusif untuk melukis garisan mata dengan cantik dan kemas, bahkan juga boleh digunakan di bahagian luar penjuru mata anda. Ia dilengkapi dengan rumusan khas yang kalis air dan anti comot yang tidak menjejaskan penampilan anda daripada peluh, air mata dan geseran.