Polisi Privasi Digital Buchanan Group

Tarikh Kuat Kuasa: September 2013; Kemas Kini Terakhir: May 2018

Polisi Privasi ini digunakan oleh laman web di mana ia dipaparkan.

Polisi Privasi ini menerangkan tentang bagaimana Buchanan Group melayan dan memproses maklumat peribadi yang dikumpulkan dalam laman web dan platform di mana polisi ini dipaparkan. Polisi ini tidak digunakan untuk bagaimana kami melayan maklumat kakitangan atau kakitangan prospektif.
Kami gunakan maklumat berdasarkan keizinan anda untuk amalan-amalan kami. Penggunaan anda melalui laman web ini menunjukkan bahawa anda bersetuju dengan pengumpulan, pendedahan dan penggunaan maklumat anda sebagaimana yang dinyatakan di dalam Polisi Privasi ini.

Kami mengumpul maklumat daripada dan berkenaan anda.

Kami mengumpul maklumat untuk dihubungi.
Sebagai sebahagian daripada proses pendaftaran di hometesterclub.com, sebagai contoh, kami mengumpul nama dan alamat e-mel anda. Kami juga mengumpul alamat kediaman dan nombor telefon anda.

Kami mengumpul maklumat daripada akaun media sosial anda. 
Jika anda mendaftar dengan menggunakan akaun media sosial anda, kami akan mengumpul maklumat anda melalui platform media sosial. Ini termasuklah alamat e-mel dan gambar profil anda. Kami juga akan mengumpul jumlah rakan-rakan yang telah anda senaraikan.

Kami mengumpul maklumat yang anda hantarkan atau siarkan.
Kami mengumpul maklumat yang anda hantarkan untuk melengkapkan ulasan produk. Segala ulasan di dalam laman web kami adalah berkaitan dengan nama pertama anda dan bandar dan negeri atau kawasan anda. Semua ulasan akan disindiketkan ke laman pihak yang ketiga yang berkaitan dengan sama ada nama pertama anda atau nama samaran yang anda pilih dan bandar dan negeri atau kawasan anda. Ini juga berkaitan dengan gambar profil anda. Kami juga akan mengumpul maklumat yang anda hantarkan ke laman pihak yang ketiga. Kami juga akan menyimpan maklumat yang anda hantarkan dalam ulasan dan e-mel kepada kami.

Kami mengumpul maklumat demografik dan kelayakan kaji selidik.
Kami mengumpul data umur dan jantina anda apabila anda mendaftar. Di Amerika Syarikat dan Malaysia kami boleh membenarkan anda untuk memilih bangsa atau etnik anda sebagai satu soalan pilihan. Kami juga boleh membenarkan anda untuk memberikan maklumat kesihatan anda sebagai soalan pilihan untuk kelayakan kaji selidik dan produk tertentu. Bagi memantapkan lagi kaji selidik dan produk khusus untuk ulasan anda kami juga mengumpul maklumat tentang tabiat membeli-belah dan isi rumah anda. Kami juga akan bertanyakan anda berapa ramai anak anda di dalam isi rumah anda.

Kami mengumpul maklumat penggunaan dan peranti.
Kami boleh mengumpul maklumat berkenaan pelayar atau peranti yang anda gunakan. Apabila anda mengunjungi laman web kami daripada satu daripada rakan rujukan kami, kami akan mengumpul maklumat untuk mengetahui yang mana satu rakan kami yang merujuk kepada anda. Kami mengumpul maklumat tentang dari laman mana anda datang dan ke mana anda akan pergi selepas itu.

Kami mengumpul maklumat dalam cara yang berlainan.

Kami mengumpul maklumat secara langsung daripada anda.
Kami mengumpul maklumat daripada anda apabila anda mendaftar atau menggunakan borang “hubungi kami”. Kami juga boleh mengumpul maklumat apabila anda menghantar e-mel kepada kami atau mengemaskini profil anda.

Kami mengumpul maklumat daripada anda secara pasif.
Kami gunakan alatan seperti pelayar cookies dan beacon laman web untuk mengumpul maklumat daripada anda. Kami melakukan ini di laman web kami dan di dalam e-mel yang kami hantar kepada anda, kami mengumpul maklumat mengenai pengguna dari semasa ke semasa apabila anda menggunakan platform ini. Kami boleh gunakan pihak yang ketiga untuk mengumpul maklumat peribadi dengan cara ini.

Kami dapatkan maklumat tentang anda daripada pihak yang ketiga.
Laman web media sosial boleh memberikan maklumat tentang anda kepada kami. Kami juga boleh dapatkan maklumat berkenaan anda daripada rakan-rakan anda yang menggunakan ciri-ciri “e-mel kepada rakan” kami.

Kami menggabungkan maklumat.

Kami boleh menggabungkan maklumat yang telah kami kumpul secara offline bersama maklumat yang kami kumpulkan secara online. Atau kami juga boleh menggabungkan maklumat yang kami perolehi daripada pihak yang ketiga dengan maklumat yang telah kami miliki. Kami juga boleh menggabungkan maklumat daripada profil dengan maklumat yang telah anda hantarkan di dalam ulasan produk atau kaji selidik.

Kami gunakan maklumat seperti yang dinyatakan dan diterangkan di sini.

Kami gunakan maklumat untuk bertindak balas terhadap soalan dan permintaan anda.
Kami gunakan maklumat anda untuk memberikan maklum balas kepada soalan tentang produk atau hubungan anda dengan kami. Kami juga boleh gunakan maklumat untuk mendapatkan sokongan pelanggan.

Kami gunakan maklumat untuk ulasan produk dan kaji selidik.
Kami gunakan maklumat anda untuk menghantar kepada anda satu produk untuk diberikan ulasan. Kami juga boleh gunakan maklumat anda untuk memaklumkan kepada anda tentang produk yang baharu. Kami gunakan maklumat yang kami ada untuk membuat jemputan ini kepada anda. Jenama-jenama pihak yang ketiga juga boleh meminta kepada kami untuk mendapatkan maklumat tambahan daripada anda berkenaan dengan pengalaman anda dengan produk-produk mereka.

Kami gunakan maklumat untuk memperbaik produk dan perkhidmatan.
Kami boleh gunakan maklumat anda untuk memperbaik laman web dan perkhidmatan kami. Kami boleh gunakan maklumat untuk menyesuaikan pengalaman anda bersama kami. Kami juga menyokong klien yang menggunakan maklumat yang anda hantarkan untuk memperbaik kualiti produk mereka. Kami gunakan maklumat yang anda hantarkan untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan bagi pihak kami dan juga klien kami.

Kami gunakan maklumat untuk tujuan sekuriti. 
Kami boleh gunakan maklumat anda untuk melindungi syarikat dan pelanggan-pelanggan kami. Kami juga gunakan maklumat tersebut untuk melindungi laman-laman web kami.

Kami gunakan maklumat untuk tujuan pemasaran.
Sebagai contoh, kami boleh memberikan anda maklumat tentang produk-produk yang baharu dan pelbagai tawaran istimewa. Kami lakukan ini apabila ianya dibenarkan secara sah.

Kami gunakan maklumat untuk berkomunikasi dengan anda tentang perhubungan kita.
Kami boleh menghubungi anda berkenaan Polisi Privasi ini atau Terma Penggunaan kami. Kami juga boleh berkomunikasi dengan anda berkenaan dengan percubaan produk-produk yang kami yakin anda mungkin berminat untuk sertai.

Kami gunakan maklumat yang dibenarkan oleh undang-undang atau sebagaimana yang kami maklumkan kepada anda.
Jika anda berada di Eropah:
Asas kami untuk memproses maklumat anda adalah untuk membuat kontrak. Pelaksanaan sebuah kontrak termasuklah memberikan maklum balas kepada permintaan anda. Kami juga memproses maklumat berdasarkan kepentingan kami yang sah.

Kami boleh kongsikan maklumat dengan pihak yang ketiga.

Kami akan kongsikan maklumat dalam keluarga syarikat Buchanan Group.
Buchanan Group termauk Buchanan Advertising (Australia) Pty. Ltd. dan Buchanan Group Holdings Pty. Ltd. dan subsidiarinya (kami merujuk diri kami secara kolektif sebagai Buchanan Group). Ini juga termasuklah Joint Ventures, PT Home Tester and licensees, Steve Cragg Advertising Private Ltd dan Steve Cragg Advertising (Pty) Ltd. Polisi ini menerangkan tentang amalan Buchanan Group. Kami akan kongsikan maklumat untuk tujuan perniagaan kami dan untuk tidak terlibat dengan amalan yang dinyatakan di dalam Polisi ini.

Kami akan kongsikan maklumat dengan pihak ketiga yang melakukan perkhidmatan bagi pihak kami.
Kami kongsikan maklumat dengan pembekal yang menghantar e-mel untuk kami. Kami juga boleh kongsikan maklumat dengan syarikat yang membantu mengendalikan laman web kami. Kami boleh kongsikan maklumat dengan syarikat yang menguruskan untuk menghantar sampel produk percuma. Anda boleh menghubungi kami (privacy@hometesterclub.com) jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang bagaimana pembekal perkhidmatan kami menggunakan maklumat anda.

Kami boleh kongsikan maklumat anda dengan rakan niaga kami.  
Kami akan kongsikan maklumat jika kami rasakan kami perlu demi mematuhi undang-undang atau untuk melindungi anda atau diri kami.
Sebagai contoh, kami akan kongsikan maklumat untuk memberikan maklum balas terhadap arahan mahkamah atau subpoena. Kami boleh kongsikan maklumat jika agensi kerajaan atau jika diminta oleh badan penyiasatan, ini termasuklah penguasa undang-undang Amerika Syarikat atau agensi-agensi kerajaan. Kami boleh kongsikan maklumat jika kami rasakan kami perlu bagi tujuan melaporkan peristiwa yang tidak diingini. Kami juga mungkin memasukkan maklumat anda ke dalam senarai pemenang jika diperlukan oleh undang-undang untuk berbuat demikian.

Kami mungkin kongsikan maklumat jika kami sedang menyiasat tentang penipuan. 
Ini mungkin juga termasuk penipuan yang kami rasakan telah berlaku semasa ulasan produk atau kempen yang lain.

Kami boleh kongsikan maklumat dengan seorang pengganti kepada semua atau sebahagian perniagaan kami, sebagaimana yang dibenarkan oleh undang-undang.
Sebagai contoh, jika semua atau sebahagian perniagaan kami telah dijual kami boleh memasukkan maklumat pelanggan sebagai sebahagian daripada urusniaga tersebut. Seperti yang diperlukan secara sah, kami akan memberikan anda notis awal dan jika anda mempunyai hak untuk melakukan yang sedemikian, yang membolehkan anda untuk membantah.

Kami boleh kongsikan maklumat untuk sebab-sebab yang lain yang boleh kami terangkan kepada anda atau yang dibenarkan oleh undang-undang.
Lokasi pihak yang ketiga.
Sesetengah pihak ketiga yang kami kongsikan maklumat mungkin berada di luar negara anda.

Anda mempunyai pilihan tertentu berkenaan bagaimana kami menggunakan maklumat anda.

Anda boleh memilih untuk tidak menerima e-mel tertentu daripda kami.
Anda boleh memilih untuk tidak menerima e-mel bulanan kami. Untuk menghentikan menerima e-mel ini, sila ikuti arahan di dalam mana-mana mesej yang anda terima daripada kami. Anda juga boleh log masuk ke laman web kami untuk mengemaskini keutamaan anda untuk dihubungi di laman pemuka peribadi anda. Jika anda tidak memilih, anda akan terus menerima mesej daripada kami tentang perhubungan anda bersama kami seperti yang dibenarkan oleh undang-undang. Jika anda ingin membatalkan akaun anda (dan tidak mahu mahu mendengar lagi daripada kami), sila layari Papan Pemuka Saya.

Anda boleh kemas kini maklumat anda. Untuk kemas kini atau memperbetulkan, anda boleh log masuk ke dalam akaun anda. Anda juga boleh e-mel kami di privacy@hometesterclub.com.

Polisi Cookie dan Jangan Mengesan Kami

Polisi Jangan Mengesan Kami. Sesetengah pelayar mempunyai ciri-ciri “jangan mengesan” yang membolehkan anda untuk memaklumkan kepada laman web agar tidak mengesan aktiviti anda. Ciri-ciri ini adalah tidak sama. Jika anda menghalang cookies, ciri-ciri tertentu pada laman kami tidak akan berfungsi.

Laman kami boleh menggunakan cookies atau alatan mengesan yang lain. Pelayar anda boleh memberikan anda kemampuan untuk mengawal cookies ini. Bagaimana cara anda mengawalnya adalah bergantung kepada kepada jenis cookies. Ada pelayar tertentu yang boleh ditetapkan untuk menolak pelayar cookies. Untuk ketahui lebih lanjut tentang bagaimana untuk membolehkan, tidak membolehkan, atau memadamkan cookies daripada pelayar web anda, sila layari sini dan sini. Untuk mengawal flash cookies, yang boleh kami gunakan pada laman web tertentu dari semasa ke semasa, anda boleh ke sini. Mengapa? Kerana flash cookies tidak boleh dikawal melalui penetapan pelayar. Jika anda menghalang cookies yang penting, ciri-ciri tertentu di laman web kami mungkin tidak berfungsi. Alatan mengesan yang tidak diperlukan yang kami gunakan adalah: 

  • Bazaarvoice:
    Bazaarvoice membantu kami kongsikan ulasan anda pada laman-laman pihak yang ketiga. Ulasan anda akan dikongsikan bersama identiti online anda. Laman-laman pihak yang ketiga termasuklah laman-laman jenama dan peruncit.
  • Facebook Social Graph:
    Kami gunakan teknologi ini untuk mengukur keberkesanan kempen pemasaran kami.

  • Google Analytics:
    Kami gunakan Google Analytics untuk mengumpul maklumat tentang bagaimana pengunjung menggunakan laman web kami. Sebagai contoh, kami mengumpul butiran laman seperti dari mana pengunjung laman kami ini datang dan jumlah berapa kali pengunjung ini telah mengunjungi laman web kami.

  • Google Tag Manager:
    Kami gunakan Google Task Manager untuk mengesan sikap pengguna, analisi trafik dan pengoptimuman pemasaran.

Pilihan untuk anda pilih adalah pelayar dan peranti khusus.

Laman web ini bukan untuk kanak-kanak.

Laman web kami adalah untuk orang dewasa. Kami tidak mengumpul maklumat peribadi daripada kanak-kanak (di bawah umur 18 tahun). Jika anda seorang ibu atau bapa atau penjaga sah dan merasakan bahawa anak anda telah memberikan maklumat kepada kami, anda boleh menghubungi kami melalui e-mel atau pada alamat yang tersenarai pada akhir Polisi Privasi ini. Sila tandakan pertanyaan anda dengan “Child PII Request.” Ibu bapa, anda boleh ketahui lebih lanjut tentang bagaimana untuk melindungi privasi online anak anda di sini.

Kami menggunakan langkah-langkah keselamatan yang standard.

Kami gunakan langkah-langkah keselamatan yang diperlukan oleh undang-undang yang berkaitan. Ini termasuklah kawalan penyulitan dan sekuriti. Internet adalah tidak 100% selamat. Kami tidak boleh menjanjikan anda bahawa penggunaan anda di laman web kami akan selamat sepenuhnya. Kami menggalakkan anda untuk berhati-hati semasa menggunakan Internet dan melindungi kata laluan anda.
Kami menyimpan maklumat peribadi selagi ianya perlu atau relevan untuk amalan yang diterangkan dalam Polisi Privasi ini. Kami menghapuskan maklumat selepas masa itu. Kami juga menyimpan maklumat yang diperlukan oleh undang-undang. Sebagai contoh, jika anda berada di Brazil dan anda bertanya kepada kami untuk membatalkan akaun anda, kami akan menyimpan maklumat tertentu selama enam bulan seperti yang diperlukan oleh undang-undang tempatan. Kemudian kami akan memadamkan maklumat tersebut.

Kami boleh menyimpan maklumat di dalam dan di luar Amerika Syarikat.

Maklumat yang kami kumpulkan akan disimpan di Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan United Kingdom. Kami juga boleh menyimpan maklumat di negara lain. Jika anda menetap di luar Amerika Syarikat, anda memahami dan bersetuju bahawa kami boleh memindahkan maklumat anda ke Amerika Syarikat. Platform ini adalah tertakluk kepada undang-undang Amerika Syarikat, dan mungkin tidak memberikan perlindungan yang sama seperti di negara anda.

Kami boleh membuat pautan di laman web atau perkhidmatan pihak ketiga yang tidak dikawal oleh kami.

Jika anda klik pada pautan di laman web pihak yang ketiga, anda akan dibawa ke laman web yang tidak kami kawal. Polisi ini tidak tertakluk kepada amalan-amalan privasi laman web tersebut. Sila baca polisi privasi laman-laman web lain dengan berhati-hati. Kami tidak bertanggungjawab terhadap amalan-amalan laman-laman pihak yang ketiga ini. Laman kami juga mungkin menjadi kandungan pihak yang ketiga yang mengandungi cookies tersendiri atau teknologi mengesan.

Hubungi kami jika anda mempunyai sebarang soalan.

Jika anda mempunyai sebarang soalan berkenaan polisi ini atau ingin mengakses, memadam, memperbetulkan, atau mengemaskini maklumat anda, sila e-mel kami di privacy@hometesterclub.com. Sepertimana yang diperlukan oleh undang-undang, anda juga boleh membantah atau menghadkan cara kami memproses maklumat anda. Kami juga boleh memberikan anda maklumat tentang pihak ketiga yang kami kongsikan maklumat. Anda juga boleh menghubungi kami di:

Buchanan Advertising (Australia) Pty Ltd
Attn: Privacy Officer
Level 12, 380 St Kilda Road
Melbourne VIC 3004
Australia
Phone: +61 3 9644 0000

Kami boleh mengemaskini Polisi Privasi ini.

Kami akan mengubah polisi privasi kami dari semasa ke semasa. Kami akan memaklumkan kepada anda mana-mana perubahan Polisi Privasi kami sebagaimana yang diperlukan oleh undang-undang, kami akan menyiarkan salinan yang dikemaskini di platform kami. Sila semak platform kami secara bertempoh untuk sebarang kemas kini.

Sedang diproses...