Soalan Lazim

Tunjuk semua / Sembunyi semua

1. Bagaimana Home Tester Club berfungsi?

Home Tester Club adalah satu komuniti online dimana orang biasa seperti anda boleh mengetahui mengenai produk baru dan berkongsi pengalaman dan pendapat sesama ahli komuniti. Ciri ciri utama Home Tester Club adalah:

Ulasan Produk Tanpa Sensor - Di Home Tester Club ANDA adalah penulis ulasan produk. Apabila anda menjadi ahli anda boleh hantarkan pendapat dan ulasan anda untuk ratusan produk produk baru, berkongsi pengalaman dengan ahli ahli lain yang gemar mencuba produk baru, seperti anda.

Product Terbaru Yang Terkini – Dengan mengikuti New Product Watch anda boleh melihat produk produk terbaru dan terkini yang kami jumpa di rak rak pasaraya di Kanada dan boleh membaca ulasan dan pendapat ahli ahli lain mengenai produk produk itu.

Sampel Produk Percuma - Dari masa ke semasa kami akan memilih ahli Home Tester Club untuk mendapat kupon, tawaran istimewa dan produk percuma untuk cuba sendiri dan mengkongsikannya dengan rakan rakan. Kami hanya meminta anda melengkapkan satu tinjauan ringkas untuk beritahu kami pendapat dan ulasan anda mengenai produk produk itu!

2. Apa yang saya dapat?

Sebagai ahli Home Tester Club, anda akan mendapat peluang untuk memberi pendapat anda. Konsikan pengalam produk baru dengan yang lain dan baca apa yang ahli ahli lain seperti anda mengatakan tentang produk produk yang mereka telah cuba. Ulasan dan pendapat mereka mungkin akan menukar pendapat anda mengenai pilihan seharian yang anda lakukan. Mungkin anda akan menemui kesukaan keluarga yang baru, atau mungkin anda akan mengetahui yang produk yang anda gunakan selama ini sebenarnya tiada tandinganya. Apa jua pendapat anda, kami ingin mengetahuinya.

Sebagai ahli kelab kami, anda juga akan dijemput untuk mengambil bahagian dalam tinjauan mengenai pengiklanan baru yang syarikat syarikat sedang lakukan, produk produk baru yang mungkin anda ingin mencuba, dan forum forum lain yang membolehkan anda berkongsi tentang apa yang anda beli di kedai runcit

Hanya nama pertama anda dan nama bandar yang anda mendiami akan terpapar di laman kami. Jikalau kami sedang mencuba produk atau mencari maklumbalas tentang pengiklanan atau inisiatif baru, ulasan anda akan dikumpulkan agar kami dapat kongsikan bersama syarikat yang menjual barangan tersebut. Tetapi, maklumat peribadi anda termasuk nama penuh, alamat dan e-mel tidak akan dikongsikan dengan pihak lain di luar Buchanan Group, melainkan anda sendiri yang pilih untuk kongsikan maklumat berikut sesama ahli ahli yang lain. Untuk keterangan lanjut mengenai maklumat peribadi anda, sila rujuk Polisi Privasi kami.

4. Siapa yang mengelolakan Home Tester Club?

Home Tester Club adalah hakmilik Buchanan Group. Buchanan Group juga memiliki beberapa perkhidmatan pengiklanan maklumat termasuk:Brand Power, Zoot Review, MediFacts, 606 Product Networker, Aljoh, Great Chefs Show you How, Infotalk, dan VoxPlug.

5. Adakah terdapat peringkat peringkat keahlian dalam kelab ini?

Nilai Home Tester Club adalah dalam kata kata ahli kami, oleh kerana itu jika anda kongsikan pendapat yang lebih mendalam adalah lagi bagus! Apabila aktiviti anda meningkat, anda akan mendapat lebih banyak peluang untuk memenangi hadiah bulanan, mendapat peluang untuk di paparkan di laman ahli kami, dan kemungkinan untuk dipilih untuk menyertai kempen kempen percubaan, panggilan uji bakat, ujian komersial dan lain lain kelebihan.

6. Bagaimanakah untuk meningkatkan pangkat keahlian saya?

Apabila anda mngesyorkan dan merujuk rakan anda untuk menyertai kelab ini, melengkapkan profil anda dengan penuh, mengulas dan menilai produk dengan cara yang terang dan nyata, syorkan Produk Baru untuk kami paparkan, melengkapkan tinjauan tinjauan kami, dan secara amnya aktif dengan kandungan kelab, status anda akan meningkat dan anda akan dipelawa untuk menyertai tinjauan eksklusif, pemberian barangan percuma, produk percubaan dan bermacam lagi.

7. Bagaimana saya menyertai Home Tester Club?

Untuk menyertai kelab ini, hanya klik butang "daftar sekarang". Bila anda berjaya mendaftar, anda akan menerima e-mel pengesahan. Jika anda tidak cukup masa untuk melengkapkan tinjauan profil anda, anda masih akan diterima sebagai ahli berdaftar tetapi pihak kami akan selalu memberi peringatan untuk melengkapkan butiran anda supaya kami dapat pastikan yang tinjauan dan sampel yang akan dihantar kepada anda adalah relevan kepada anda (kami tidak mahu menghantar sampel makan anjing kepada anda jika anda tidak pelihara anjing!).

8. Bagaimana caranya menukar/mengemaskini profil saya?

Mudah sahaja. Daftar masuk ke laman kami dan klik pada nama anda di bahagian atas sebelah kanan skrin. Anda akan dibawa ke "Dashboard" anda. Di sebelah kanan skrin akan kelihatan beberapa pilihan: Tukar Butiran Saya, Profil, Tetapan, dan gambar.

9. Masalah daftar masuk?

Sila pastikan anda selalu daftar masuk menggunakan alamat e-mel dan kata laluan anda, dan pastikan alamat e-mel anda adalah yang terkini. Jika masih mengalamai masalah daftar masuk, cuba resetting your password, dan kami akan kirimkan cara cara untuk anda selesaikan ini.

10. Saya sudah menjadi seorang ahli Brand Power. Perlukah saya mendaftar sekali lagi?

Jika anda telah menjadi ahli Brand Power, anda tidak perlu daftar sekali lagi, tetapi kami masih perlukan sedikit maklumat dari anda untuk memastikan yang anda boleh mendapat manfaat yang sepenuhnya dari tinjauan dan sampel produk dari Home Tester Club.

Anda boleh daftar masuk dengan menggunakan butiran Brand Power anda dan klik "Kemaskinikan Profil Saya" untuk menjawab beberapa soalan profil dan memanjangkan keahlian anda ke dalam Home Tester Club.

Hubungi Kami

Kami ingin mendengar daripada anda. Jika ada apa apa soalan atau komen, sila guna borang dibawah ini dan hubungi kami!

Sedang diproses...